Kenali Kami

Syarikat penerbitan Bumiputera yang ditubuhkan pada 21 Oktober 2011, membekalkan bahan pendidikan kepada sekolah, tadika dan agensi kerajaan di seluruh Malaysia.

Latar belakang

Empayar Intelek Enterprise (EIE) ditubuhkan pada 21 Oktober 2011 dan berstatus Bumiputera. Kami menjalankan perniagaan yang melibatkan bahan bacaan, alat tulis, bahan bantu mengajar, peralatan dan pakaian sukan, serta cenderahati dan hadiah.

EIE aktif membekalkan produk kepada sekolah dan tadika di seluruh Malaysia, dan sangat berkeyakinan dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan dengan sempurna.

Ruang pejabat

Visi dan misi

Visi

Menjana modal insan melalui penerbitan.

Misi

Berkualiti dan memuaskan pelanggan.

Organisasi

EIE ditadbir oleh golongan profesional yang berpengalaman luas dalam industri penerbitan, dibantu kakitangan mahir dalam suntingan, reka bentuk, kewangan dan logistik.

  • Pemilik

    Aishawati binti Mohd Yusof

    Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah King Edward, Taiping, Perak sehingga tahun 1992, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Eksekutif Kesetiausahaan (DES) di Stamford College, Kuala Lumpur dari 1992 hingga 1995. Selepas berkhidmat dengan beberapa syarikat penerbitan di sekitar Kuala Lumpur, beliau menubuhkan Empayar Intelek Enterprise pada tahun 2011 bagi memainkan peranan yang lebih aktif dalam penerbitan dan pembekalan bahan bacaan, khususnya buku. Semangat dan kesungguhan beliau menjadi pemangkin kepada kakitangan untuk bekerja dengan lebih gigih.

  • Pengurus

    Mohd Ridzuan bin Malik

    Lulusan Diploma Pemasaran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, dan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Pengurusan Perniagaan, USM. Memulakan kerjaya penerbitan pada tahun 2006 di Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Menyertai EIE pada tahun 2019 dan bertanggungjawab dalam pengurusan serta perancangan syarikat.

  • Logistik

    Muhammad Zahir bin Zainal Abidin @ Ahmad

    Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan pernah berkhidmat di beberapa syarikat dalam pelbagai bidang. Menyertai EIE pada tahun 2015 dan bertanggungjawab dalam urusan logistik.

Ada tender atau keperluan bahan bacaan untuk agensi anda?

Kami sedia membincangkan penerbitan, cetakan semula dan pembekalan buku, alat tulis serta cenderahati.

Empayar Intelek Enterprise

Seret untuk memutar. Guna roda tetikus atau cubit untuk zum.