Fokus Syarikat
Buku teks, buku aktiviti dan bahan bantu mengajar untuk prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
Fokus utama Empayar Intelek Enterprise (EIE) ialah menerbitkan produk pendidikan untuk prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara produk yang diberi perhatian ialah buku teks, buku aktiviti dan bahan bantu mengajar. Melalui penerbitan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) ini, EIE berharap dapat membantu usaha kerajaan menjana kecemerlangan modal insan negara, di samping mengukuhkan nama EIE dalam pasaran.
EIE sentiasa proaktif mengukuhkan kedudukan sebagai penerbit buku yang berkualiti. Kami sentiasa mencari idea baharu untuk memantapkan setiap produk, khususnya dalam bidang pendidikan, dan terbuka kepada sebarang cadangan kerjasama yang selari dengan matlamat penubuhan syarikat.
Sepanjang beroperasi, EIE telah menerbitkan sejumlah judul buku dan memenangi tender dengan beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Rekod pencapaian
Tender yang telah dimenangi dan dilaksanakan dengan jayanya sejak penubuhan syarikat.
- 2011
Empayar Intelek Enterprise ditubuhkan pada 21 Oktober 2011 sebagai syarikat berstatus Bumiputera.
- 2017
Memenangi tender menerbit dan membekalkan buku teks Akhlak Tahun 1, 2 dan 3 untuk sekolah agama KAFA di seluruh negeri Selangor.
- 2018–2019
Memenangi tender KAFA bagi Buku Teks Ibadah Tahun 1 hingga Tahun 6, diikuti buku Pendidikan Moral 5 & 6 Tahun untuk Tabika PERPADUAN.
- 2019
Bekerjasama dengan KEMAS bagi buku Asas Tulisan Jawi 5 Tahun dan JAIM bagi buku Aktiviti Prasekolah 6 Tahun. EIE turut memenangi tender buku teks MPV Hiasan Dalaman Tingkatan 4 dan 5, KPM.
Agensi yang kami bekalkan
Kementerian, jabatan agama Islam negeri dan institusi pendidikan yang mempercayakan penerbitan dan pembekalan bahan mereka kepada EIE.
-
JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
11 judul
-
MAIWP
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
5 judul
-
JAIS
Jabatan Agama Islam Selangor
3 judul
-
JHEAIPP
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
-
JPNIN
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
2 judul
-
JAIM
Jabatan Agama Islam Melaka
13 judul
-
JAWI
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
42 judul
-
JHEAIK
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
2 judul
- JAINJ Jabatan Agama Islam Negeri Johor 27 judul
- LZS Lembaga Zakat Selangor 1 judul
-
UMK
Universiti Malaysia Kelantan
-
KEMAS
Bahagian Kemajuan Masyarakat
4 judul
-
KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia
2 judul
Ada tender atau keperluan bahan bacaan untuk agensi anda?
Kami sedia membincangkan penerbitan, cetakan semula dan pembekalan buku, alat tulis serta cenderahati.