Fokus Syarikat

Fokus utama Empayar Intelek Enterprise (EIE) ialah menerbitkan produk- produk pendidikan yang berkaitan dengan prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara produk yang diberikan perhatian oleh EIE ialah buku teks, buku aktiviti dan bahan bantu mengajar. EIE berharap melalui penerbitan bahan- bahan sokongan untuk proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) tersebut akan dapat membantu usaha pihak kerajaan dalam menjana kecemerlangan modal insan di negara ini. Pada masa yang sama, langkah tersebut juga merupakan salah satu strategi untuk mengukuhkan nama EIE dalam pasaran, selain menjana pendapatan tambahan kepada syarikat.

EIE sentiasa proaktif dalam langkah untuk mengukuhkan kedudukan sebagai penerbit buku yang berkualiti. Oleh itu, EIE sentiasa berusaha untuk mendapatkan idea-idea baharu bagi memantapkan setiap produk yang dihasilkan, khususnya berkaitan bidang pendidikan. Bagi tujuan itu, EIE tidak menolak sebarang cadangan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak asalkan bertepatan dengan matlamat penubuhan syarikat ini.

Sepanjang beroperasi, EIE telah berjaya menerbit sejumlah judul buku dan juga memenangi tender dengan beberapa agensi kerajaan. Antaranya termasuklah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pada tahun 2017, EIE telah berjaya memenangi tender untuk menerbit dan membekalkan buku teks Akhlak Tahun 1, 2 dan 3 untuk sekolah-sekolah agama KAFA di seluruh negeri Selangor.

 

Berikutnya pada tahun 2018 sehingga 2019 EIE berjaya memenangi tender KAFA untuk judul Buku Teks Ibadah tahun 1 sehingga tahun 6. Kemudian dituruti Tabika PERPADUAN berjudul Pendidikan Moral 5&6 Tahun. Manakala pada tahun 2019 sekali lagi EIE dapat bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk buku Asas Tulisan Jawi 5 Tahun dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk buku Aktiviti Prasekolah Tahun 6.EIE juga telah berjaya memenangi tender buku teks MPV Hiasan Dalaman Tingkatan 4 dan 5 KPM. EIE telah dapat melaksanakan kerja-kerja tersebut dengan jayanya.