Empayar Intelek Enterprise (EIE) ditubuhkan pada 21 Oktober 2011. Syarikat ini berstatus bumiputera. Ia menjalankan aktiviti perniagaan melibatkan perkhidmatan yang berkaitan dengan bahan bacaan, alat tulis, bahan bantuan mengajar, peralatan dan pakaian sukan, cenderahati dan hadiah.
Syarikat ini aktif dalam menjalankan perniagaan ke sekolah–sekolah dan juga tadika di seluruh Malaysia. EIE sangat berkeyakinan dalam melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan dengan sempurna.



Berkualiti dan Memuaskan Pelanggan


Menjana Modal Insan Melalui Penerbitan
Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Menengah King Edward, Taiping, Perak sehingga tahun 1992. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma dalam bidang Eksekutif Kesetiausahaan (Diploma Executive Secretaryship – DES) di Stamford College, Kuala Lumpur dari tahun 1992 hingga 1995.
Setelah tamat pengajian, beliau telah bekerja dengan beberapa buah syarikat penerbitan di sekitar Kuala Lumpur. Berbekalkan pengalaman yang dikutip itu, akhirnya beliau memberanikan diri untuk menubuhkan Empayar Intelek Enterprise pada tahun 2011. Syarikat ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membolehkan beliau memainkan peranan yang lebih aktif dalam penerbitan dan pembekalan bahan bacaan, khususnya buku. Semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh beliau telah menjadi pemangkin kepada kakitangan-kakitangan bawahan untuk bekerja dengan lebih gigih lagi.
Beliau merupakan lulusan Kolej Yayasan Pelajaran Mara (kini kolej Polytech Mara) dan telah memulakan kerjaya dalam bidang penerbitan buku pada tahun 1984. Beliau pernah berkhidmat dengan beberapa buah syarikat penerbitan buku yang terkenal di negara ini dan menjawat pelbagai jawatan. Dalam bidang penulisan, beliau telah menulis lebih 200 judul buku dalam pelbagai genre.
Beliau menyertai Empayar Intelek Enterprise pada tahun 2015. Sebagai Pengurus, beliau bertanggungjawab dalam hal-hal pengurusan syarikat dan membuat perancangan bagi memastikan syarikat sentiasa kekal berdaya maju.
Beliau merupakan lulusan Diploma Pemasaran Politeknik Sultan Abdul Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah. Kemudian melanjutkan pelajaran di USM, Pulau Pinang ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang penerbitan buku pada tahun 2006 di Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd dan menjawat pelbagai jawatan.
Beliau menyertai Empayar Intelek Enterprise pada tahun 2019. Sebagai Pengurus, beliau bertanggungjawab dalam hal-hal pengurusan syarikat dan membuat perancangan bagi memastikan syarikat sentiasa kekal berdaya maju.
Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Setelah tamat pengajian, beliau telah berkhidmat di beberapa buah syarikat dan terlibat dalam bidang pelbagai bidang. Pada tahun 2015, beliau telah menyertai Empayar Intelek Enterprise dan diberikan tanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan bidang logistik.
Beliau mempunyai pengalaman lebih 8 tahun dalam bidang pentadbiran. Beliau menyertai Empayar Intelek Enterprise pada tahun 2019. Tugasan beliau ialah melaksanakan kerja-kerja pentadbiran dan kewangan syarikat.
Beliau mempunyai pengalaman lebih 15 tahun dalam bidang penerbitan buku. Sebelum menyertai Empayar Intelek Enterprise pada tahun 2016, beliau pernah berkhidmat di beberapa buah syarikat penerbitan yang terkenal. Tanggungjawab beliau di syarikat ini ialah menyediakan reka bentuk kulit dan halaman teks buku-buku yang akan diterbitkan oleh syarikat.
Beliau merupakan lulusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam bidang Pengajian Al-Quran dan Sunah. Sebelum menyertai Empayar Intelek Enterprise, beliau pernah berkhidmat sebagai ustazah di sebuah sekolah rendah agama (swasta) di Selangor. Tugasan beliau di syarikat ini ialah membuat penilaian terhadap bahan terbitan, membuat suntingan dan menyumbangkan idea berkaitan penerbitan bahan bacaan untuk kanak-kanak.
Beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang grafik/DTP. Beliau menyertai Empayar Intelek Enterprise pada tahun 2014 dan bertanggungjawab menyediakan reka bentuk kulit dan reka letak halaman teks buku-buku yang akan diterbitkan oleh syarikat.